2/01/2015

KEMBALI KE SEKOLAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.  Dengan rasa syukur, pada Januari 2015 ini, genaplah usia Mutiara KAFA Learning Centre (MKLC) 8 tahun.

MKLC telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, suka duka, dalam usaha menyampaikan ajaran Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun, alhamdulillah, MKLC telah mencapai pelbagai kejayaan dalam dakwahnya.


Walau bagaimanapun tidak dinamakan dakwah sekiranya tiada halangan dan rintangan.  Dan cabaran besar MKLC adalah mendapatkan tenaga pengajar yang benar-benar memahami usaha dakwahnya.  Tenaga pengajar yang sering bertukar samaada melanjutkan pelajaran, atau mendapat perkerjaan yang lebih lumayan gajinya atau berpindah ke tempat lain.  Namun demikian ada guru-guru yang memahami serta setia berkhidmat dengan MKLC walaupun ada yang menerima tawaran yang lebih baik.  Kepada mereka, MKLC mengucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa antum.


Cabaran keduanya adalah mendapatkan jumlah pendaftaran yang cukup bagi membolehkan MKLC meneruskan operasinya kerana gaji guru-guru dan sewa permis bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar.  Memandangkan operasi MKLC  tanpa mendapat sumbangan dari luar, maka jumlah tertentu pelajar adalah amat perlu bagi menentukan kesinambungan operasi MKLC.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah masukkan sumbangan anda ke Mutiara KAFA Learning Centre, Bank Islam Bhd no akaun: 14195010002811.  Atas sumbangan anda, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa semoga Allah balas kemurahan hati anda dengan Rahmat dan Kurniaan Nya.

Namun, apa juga cabaran, kami di MKLC tahu bahawa atas apa juga usaha-usaha kebaikan dakwah ini, Allah pasti akan membantu kami dan itulah sumber kekuatan kami.  Allah berfirman:-

A069

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.  Surah al-Ankabut (29): 69

Kami berdoa dan berharap pada tahun 2015 ini, ramai ibubapa yang akan mendaftarkan anak-anak mereka untuk kami didik agar mereka mempunyai asas pelajaran Islam supaya kelak mereka menjadi anak-anak yang soleh.  Semoga Allah Berkati usaha kami ini, aamiin.

No comments:

Post a Comment